'

RESIPI : KUIH SAGU MATA IKAN



Bahan-bahan :

 
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)


Cara-cara membuatnya:

 
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
( jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak hilang putih2 biji sagu tu)
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama masa yang diambil.

7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan

RESIPI : AGAR-AGAR KOKTAIL



Bahan - bahan :

1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
900 ml air
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Cara-Cara :

1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.

2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.

3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.

4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.


credit to : DariDapur FB 

Thank you!

RESIPI : KEK BATIK BISKUT MERRY




BAHAN-BAHAN A :

1cawan butter
1cawan air
1cawan koko powder
1cawan gula (depends pada kemanisan yang anda mahu)

1 1/2 paket biskut merry


BAHAN-BAHAN B : (coklat ganache)


1 bar coklat
2/3 cawan susu sejat 


CARA-CARA :

1. Masukkan semua bahan A dalam periuk, panas kan hingga mendidih. Sentiasa kacau.

2. Tuang dalam bekas yg mengandungi biskut merrie yg telah dihancurkan.
3. Gaul sebati.
4. Ratakan dan padatkan di dalam loyang
5. Kemudian sediakan bahan B dengan memanaskan susu cair & gaulkan coklat hingga cair. 
6. Tuangkan coklat ganache ke dalam bahan A.
7. Masukkan dalam freezer selama 1 jam.

RESIPI : KEK CARROT





BAHAN-BAHAN :

8 biji telur gred A ( diasingkan)
3 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Mazola)
200g gula castor
200g brown sugar
3 cawan carrot (diparut)
500g tepung gandum
2 sudu teh serbuk kayu manis (kalau tak suka boleh kurangkan)
2 sudu teh baking soda (sukatan penuh, tapi janganlah membukit sangat)
1-1/2 sudu teh garam
150g walnut ( dicincang)

CARA-CARA :

1. Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan. Panaskan oven pada suhu 175C.

2. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula halus dan gula perang serta lobak yang diparut. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan-bahan kering yang diayak tadi. Campuran ini tak perlu guna mixer pun ok, saya pukul guna 'hand mixer' jer, masa nak masukkan tepung tu saya guna senduk kayu. (masa ni adunan agak kental)

3. Pukul putih telur sampai betul-betul kembang, soft peak form (bila kita kaup, dia tak jatuh - ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek. Kacau hingga rata.

4. Bakar pada suhu 175c selama 45-50 min (sehingga masak)

tips: Adunan yang dimasukkan ke acuan jangan terlalu tebal (khuatir sebahagian dalamnya tak masak). Cucuk dengan lidi untuk memastikan ianya telah masak, tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.
 



FROSTING

120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
1 sudu perahan lemon (Kalau guna Philadelphia cream cheese, tak letak pun tak apa)

Pukul semua aduan hingga sebati dan ringan (tapi jangan pula terlebih pukul, nanti ia jadi lebih cair). Dan boleh dihias di atas kek, tabur kacang walnut.



credit to : FB Delihayat Kitchen

RESEPI : KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

 

                            


BAHAN-BAHAN KEK COKLAT
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA CARA : 

 
1.Panaskan kukusan. Sapukan tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. sapu juga kertas tadi. Ketepikan..

2.UNTUK KEK COKLAT :-
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.

3.UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

4.UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
5.Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....



credit to : FB Jom Belajar Buat Kek
Boleh ke FB mereka untuk pelbagai jenis kek yang menarik ye. Thanks!

RESIPI : Famous Amos Chocolate Chip Cookies




BAHAN-BAHAN
 
1 1/2 cawan gula perang 
1 cawan mentega -saya guna buttercup
1 cawan minyak -saya guna mimyk masak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
CARA-CARA

1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati. Pukul adunan guna mixer dengan kelajuan slow dan jangan pukul lama.
2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip pukul guna mixer sekejap saja jangan lama agak2 sebati.
*Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sikitt sebab nanti kukis akan mengembang dan dulang tak perlu gris..
3. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
4. Setelah cookies perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara


credit to : Dari Dapur Ummu

RESIPI : KEK COKLAT MOIST (KUKUS)




BAHAN BAHAN UNTUK KEK

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

CARA-CARA
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit +++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit +++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu...) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. 
7. Angkat...tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping...


BTW, saya dah try resipi ni, memang best dan kek sangat moist. Kalau korang pernah beli coklat moist dalam bekas kecil yang harga RM4.50 somethings kat mana mana kedai, macam tu juga lah rasa dia.

credit to : facebook MASAK APA HARI INI