'

Resepi : Kerabu Mangga Sotong



Bahan-bahan :

  1. 1 cawan sotong dipotong(pnskn ats dpur kjp bsama serai&sebiji bwg putih tumbuk-simpan air rebusan sikit utk gaul)
  2. ½ cawan mangga masam – dihiris
  3. 2 biji bawang merah – dihiris
  4. 1 sudu besar daun bawang – dihiris halus
  5. 1½ sudu kecil udang kering
  6. ¼ cawan gajus
  7. 5 biji cili padi – dihiris halus
  8. 1 sudu besar jus limau
  9. 2 sudu besar gula
  10. 1 biji cili merah – untuk hiasan.
  11. Sedikit daun ketumbar – untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
  2. Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi : Udang Bersos Pedas



Bahan-bahan: 

500++gm udang saiz besar 
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
5 biji bawang putih
11 biji cili api merah
sedikit lada putih kisar
sos tomato*
sos cili*
sos tiram*
kicap masin*
kicap manis*

Cara: 

1. Siang udang, belah belakang, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng udang hingga bertukar warna kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan bawang putih yang telah diketuk dan diracik halus bersama lada putih hingga naik bau. Hati-hati sebab bawang putih mudah hangus. Api jangan kuat.
4. Masukkan cili api yang telah dihiris 2 dan kacau sebati.
5. Bila cili api agak layu masukkan bahan-bahan bertanda * secukup rasa, sukatan ikut citarasa tukang masak ya. Kacau lagi.
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul secara merata dengan bahan-bahan tumis bersos tadi. Biar seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.



credit to : Resipi Masakan Terkini

Resepi : Sotong Goreng Tepung Rangup




Bahan-bahan :

1) Sotong (ikut jumlah @ ikut saiz sotong)
2) 1 biji telur
3) 3 sudu besar tepung beras
4) 1 sudu besar tepung gandum
5) 1 sudu besar serbuk kari (optional)
6) 1/4 sudu teh garam
7) Serbuk lada putih
8) Minyak

Cara Memasak :

1) Cuci sotong dan toskan air.
2) Gaulkan sedikit garam dan serbuk lada putih pada sotong.
3) Masukkan tepung beras, tepung gandum dan serbuk kari. Gaul rata.
4) Celup sotong yang disaluti tepung ke dalam bekas telur yang telah dipecahkan (dipukul).
5) Gaul semula dengan tepung tadi.
9) Masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.
10) Goreng sedikit-sedikit sehingga keemasan.

Tips :

1) Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2) Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3) Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4) Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5) Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.
6) Cicah @ Sedap dimakan dengan sos thai.


credit to : Resipi Masakan Terkini

Resepi: Sambal Cencaluk

 

Bahan-Bahan :
3 sb cencaluk
1 biji bawang merah
7 tangkai cilipadi hijau (ikut pedas)
1 biji limau kasturi

Cara-cara :
1.Letakkan cencaluk ke dalam mangkuk.Bawang merah dipotong dadu dan cilipadi dihiris-hiris dan dimasukkan kedalam mangkuk cencaluk.Gaulkan kesemuanya.
2.Perahkan limau kasturi pada cencaluk dan siap dimakan bersama nasi panas atau ulam-ulaman.

Resepi: Puteri Ayu Cheese




 

 

Bahan-Bahan :
2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan
 

Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur

Satukan kesemua bahan2 cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.




Cara-cara :1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.

2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.

3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.

6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.

7. Didihkan air di dalam kukusan.

8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.

9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.


NOTA

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
* Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
* Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.


Oleh : Aini Madon

Resepi: Agar Agar Kering


Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)

 

Cara-cara:
1.Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 

2.Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. 

3.Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

4.Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

5.Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur.


Oleh: Azie Kitchen

Resepi : Kupang Goreng Pedas Dgn Tauco



Bahan-bahan : 

  • 500 gm kupang - dibersihkan teritipnyer, dicuci bersih dan toskan.
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar tauco
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 10 biji cili api - dititik
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 cm halia - dikisar
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun limau perut - dihiris
  • daun ketumbar - untuk hiasan

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
2. Masukkan serai, cili padi dan tauco.
3. Kacau sekejap lalu masukkan sos tiram, kicap cair dan daun limau perut.
4. Rasakan garam dan gulanyer pastikan secukup rasa.
5. Akhir sekali kuatkan api, masukkan kupang, goreng dan kacau rata.
6. Kecilkan api dan tutup kuali dan biarkan kupang masak.
7. Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

Resepi: Wadai Kipeng atau Bubur Gayam.

Bahan A:
1. Sepeket tepung pulut
2. Garam
3. sedikit air kapur
4. Air suam
Bahan B:
1. Santan
2. Gula merah (campur dgn sedikit santan dan perlu ditapis)
3. Gula pasir
4. Gula melaka
5. daun pandan
6. Garam
7. Durian (optional)
Cara-cara nya:
1.Satukan tepung pulut, garam dan sedikit air kapur serta masuk kan air suam sedikit demi sedikit. Uli adunan sehingga boleh digentel. Gentel bulat2 sebesar saiz guli dan ditekat ditengah2 agar menjadi sedikit leper.
2. Masak santan masuk kan gula pasir, gula melaka, gula merah sedikit garam dan daun pandan.
3. Apabila santan sudah mendidih masuk kan adunan yg telah digentel tadi.
4. Bila adunan sudah timbul makna nya wadai kiping sudah masak.
selamat mencuba.

RESIPI : Kuey Teow Ladna




Bahan-bahan
1) 2 bungkus kuey teow
2) 5 ulas bawang putih - diketuk
3) 1 inci halia - dihiris
4) 4-5 biji cili padi - dihiris
5) 3-4 ekor sotong - potong
6) 16-20 ekor udang
7) 10 biji fishball - dibelah dadu
8) 1 batang fishcake - potong nipis
9) 4 sudu besar sos tiram
10) 6-8 helai daun limau purut
11) 5 biji limau purut (perahan air sahaja)
12) 1 batang lobak
13) Sayuran campur (baby corn, bunga kobis)
14) 1 biji tomato
15) Sawi
16) Segelas air + 2 sudu besar tepung jagung (larutkan)
17) 6-8 cawan air
18) Kicap cair
19) Kicap pekat
20) Minyak
21) Garam
22) Gula

Cara Memasak

(A) Membuat Kuah

1) Tumis bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak.
2) Masukkan air dan sos tiram. Biarkan 5 minit di atas api besar.
3) Masukkan fishball dan fiskcake
4) Masukkan sayur yang keras dan biarkan untuk 5 minit.
5) Masukkan sayur yang lembut (sawi, tomato), sotong dan udang. Api sederhana besar.
6) Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
7) Masukkan daun limau purut dan perahan limau.Nak masam lagi tambah limau lagi.
8) Masukkan campuran air tepung jagung sehingga kepekatan kuah memuaskan hati.

(B) Memasak Kueyteow

1) Gaulkan kueyteow dengan sesudu kicap pekat + 2 sudu kicap cair.
2) Goreng bersama suku cawan minyak untuk 5 minit.
3) Angkat dan hidang bersama kuah.

credit to : FB Seharum Dapur Bonda

Resepi : MEE HAILAM







BAHAN-BAHAN:

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 paket fish ball
1 paket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

credit to : FB Seharum Dapur Bonda KC

Resepi : Portuguese Egg Tart








Bahan untuk pastry:
1 gulung puff pastry

Bahan untuk sos kastard:
3 sudu besar tepung jagung
1 3/4 cawan susu
1 cawan gula kastor
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh esen vanila
6 biji telur kuning, dari telur saiz A


Cara untuk sos kastard:

1. Masukkan telur kuning, tepung dan gula di dalam mangkuk. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
2. Dalam periuk berasingan, panaskan susu dan kulit kayu manis sehingga panas tetapi tidak mendidih. Keluarkan kayu manis dan tuangkan susu dalam mangkuk yang berisi adunan telur tadi dan teruskan kacau dengan whisk.
3. Masukkan kembali adunan ke dalam periuk. Masukkan esen vanila kemudian masak dengan api yang kecil sehingga pekat.
4. Angkat dan sejukkan di dalam mangkuk. Lekapkan permukaan sos kastard dengan plastic wrap supaya permukaan sos kastard tidak mengeras. Letak di dalam peti ais supaya sos kastard sejuk.

Cara untuk pastry:
1. Menggunakan ready made puff pastry yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik.
2. Gulungkan puff pastry berukuran anggaran saiz kertas A4 seperti bentuk swissroll.
3. Potong puff pastry kepada bentuk bulat anggran tebal 1.5 cm.
4. Menggunakan roller, ratakan puff pastry tadi kepada bentuk bulat yg sesuai dimuatkan dia alam acuan pastry (dalam anggaran 2cm diameter).
5. Isikan dengan sos kastard separuh penuh. Bakar pada suhu 160 celcius selama anggaran 20 minit atau sehingga puff pastry masak sempurna dan ada kesan 'burn mark' pada custard.
6. Angkat dan sejukkan sebelum dihidang




credit to : FB Kelab Ibu Cantik

Resepi : Kek Kukus Butter Egg Gebu

  

Bahan-bahan :
4 biji telur
125 gm gula castor
1/2 sudu ovallet
1 sudu susu pekat manis
200 gm mentega/butter
190 gm tepung kek
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat :

1. Pukul telur, gula, dan ovallet sampai putih dan pekat.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.

3. Kacau butter bersama dengan susu pekat manis sehingga lembut

4. Kemudian masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.

5. Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dikukus 40 minit - 1 jam.


credit to : DariDapur

RESEPI : KUIH TALAM KELADI


 

Bahan-bahan :
Bahan A –
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

Bahan B –
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, balut tutup kukusan dengan kitchen towel.

2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.

3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi.

4. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 – 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.

5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.


credit to : DariDapur

Resepi : Mee Kung Fu



Mee Kung fu
Bahan-Bahan:
500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan.
3. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis.
 
Kuah Mee Kung fu
Bahan-Bahan:

7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil
10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

credit to : FB Seharum Dapur Bonda KC

RESIPI : KEK GULA HANGUS

Bahan - bahan :
.
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara-Cara :

1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.

2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.

3. Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan . Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

4. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
 5. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.

6. Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn soda.. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.

7. Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .

8. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C .Bakar selama 30 minit.
credit to : DariDapur