'

#BiskutRaya : Biskut Sarang Semut



Bahan-Bahan :
1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
1 ½ tepung gandum - di ayak
1 ½ tepung kastad - di ayak
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla


Bahan Hiasan :
coklat rice coklat
paper-cup kecil


Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.
5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau sampai masak


sumber : FB

#BiskutRaya : Biskut Seroja




BAHAN BAHAN;
2 cwn mentega
1/2 cwn gula halus
3 cwn tepung gandum
1 sdk esen Vanilla
1/2 cwn kastad
2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau (untuk tapuk bunga)
sedikit peanut butterIuntuk isi/inti bunga)
taburan manik halus

CARA MEMBUAT:

1. Pukul mentega dgn gula sampai kembang, kuning telur masukkan esen vanilla,
tpg kastad,tpg gandum,gaul jadikan doh(jika lembut tambahkan sedikit tepung,
2. asingkan sedikit adunan untuk tapuk(warnakan hijau)
3. Adunan tadi tambahkan warna kuning,terap acuan bunga 5/6 kelopak,bentukan bunga tu spt dlm gambar,buat tapuk bunga warna hijau,bakar 12-18 minit,bila dah siap bubuh inti peanut butter /jem nenas/ lain2 ikut suka anda dan hias tabur manik halus.

sumber : FB

#BiskutRaya : Biskut Green Princess



Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum
bahan hiasan :
coklat masakan putih

Cara-caranya:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.Rehatkan adunan seketika
3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Biskut dah sejuk barulah dihias dengan coklat masakan putih dan gula hiasan mcm aku buat tu...

p/s : tp coklat putih ni dia belengas skit la..dan biskut ni pun lembut dan gebu mcm makmur tu... so kena berhati-hati ketika mengendalikannya..


sumber : FB