'

#BiskutRaya : Resepi Raisin Scones



Bahan-bahan:-

1) 3 cawan tepung naik sendiri
2) 70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3) 3/4 cawan susu segar
4) 1 biji telur ( pukul dan bahagikan 2 bahagian agak2 je )
5) 1/4 cawan gula
6) 1/3 cawan raisin (kismis)
7) 1 sudu kecil esen vanila
8) Secubit garam

*Raisin boleh diganti dengan cranberry kering kalau nak buat cranberry scones or boleh jugak diletak kedua-duanya sekali.

Cara-cara:

1) Panaskan oven 180°C.

2) Sagat kasar butter. Kalau xde grater, boleh jugak kowang potong kiub kecil2. Sejukkan sekejap dalam peti ais selama 5 minit. Tujuan nak sejukkan balik butter tu untuk menjadikan scones tu testur dia ringan. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter.

3) Ramas butter dan tepung dengan hujung jari sampai rupanya seperti serbuk roti. Kemudian,masukkan raisin. Gaul2 supaya raisin tu bersalut dengan tepung. Masukkan sebentar ke dalam peti ais.

4) Dalam bekas lain, satukan susu, 1/2 telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung tadi dan tuang campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.

5) Uli sedikit, adunan hendaklah tak terlalu keras/lembut dan doh boleh dibentuk bulat.


6) Canaikan adunan dan tekap dengan acuan yang sesuai. Gelas boleh digunakan.


7) Susun atas tin pembakar. Jarakkan sedikit dan sapu telur di pemukaannya.


8) Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak. Scones akan menjadi kuning keemasan bila masak.



sumber : FB

Resepi : Gulai Lemak Siput Sedut



Bahan-Bahan :
Siput sedut (ikut banyak mana)
Santan
Bawang merah
Lengkuas
Kunyit
Cili kering (ikut tahap kepedasan)
Asam keping
Daun kesum


Cara Membuat :
1.Bersihkan siput tersebut dan potong sikit bahagian belakang/ekor
2.Kisar bawang merah, lengkuas, kunyit, cili kering degan sedikit santan
3.Campur bahan yg dikisar dengan sebahagian lagi santan kedalam periuk
4.Masak sehingga mendidih
5.Masukkan siput, asam keping, daun kesum, garam dan gula secukup rasa
6.Biarkan mendidih selama 5-10 minit dan tutup api. (Jgn terlalu lama di atas dapur supaya mudah untuk disedut)
7.Sedia dihidangkan.


credit to : Resipi Memikat suami

Resepi : Bubur Nasi Berlauk



Bahan A (bubur nasi):
2 cawan beras
1 sudu serbuk pati ayam
2 inci halia muda (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Daun sup (dihiris halus)
2 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
3 cawan air (mengikut citarasa)


Bahan B (lauk):
1 mangkuk ayam goreng yang dicarik
1 mangkuk ikan bilis goreng
3 biji telur masin (direbus dan dibelah 2)
1 cawan lobak masin (dipotong dadu)
Hirisan daun sup
Hirsan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Sambal kicap

Cara membuat:
1.Satukan semua bahan A dan masak hingga sempurna.
2.Setelah bubur masak dengan sempurna , hidangkan bersama semua bahan B dan sedia untuk dihidangkan.


credit to : Resipi Memikat suami

Resepi : Japanese Cheese Cakes



Masa:
Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 1 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
Bahan-bahan B:
60g tepung kek
20g tepung jagung
*gaulkan sekali
Bahan-bahan C:
5 biji telur kuning
¼ tsp garam
Bahan-bahan D
5 biji telur putih
¼ tsp cream of tartar
120g gula halus

Cara Penyediaan:

- Cairkan bahan A menggunakan double boiler, kacau hingga sebati.
- Biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan B & C dan kacau hinggan sebati.
Pastikan aduan cheese tadi tak terlalu panas, kalau panas sangat nanti telur kuning tu termasak pulak.
- Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai jadi foamy atau meringue. nak make sure adunan dah ok, terbalikkan bekas, kalo tak melimpah kiranya dah perfect.
- Masukkan adunan telur putih tadi kedalam adunan cheese sedikit demi seikit, gaul hingga sebati. Tuangkan kedalam loyang kek.
- Bakarkan cheese cake dengan menggunakan water bath pada suhu 160C untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C and bakar untuk 45 minit.
- Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown and, cucuk tengah kek untuk pastikan tengah kek masak atau tidak. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.

Tips:

waterbath tu maksudnya letak loyang berisi adunan kek dlm bekas yg lebih besar yg ada air. then bakar dlm oven. seeloknya guna air panas dan takat air sekurang2nya 1/4 drpd tinggi loyang kek

Resepi : Muffin Chocolate Hazelnut




Bahan-Bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
3/4 cawan coklat cip
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar nutella
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan kacang hazelnut
1 cawan susu full cream
1/3 cawan minyak jagung atau mazola

Cara Penyediaan:

- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
- Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, gula kastor dan minyak jagung. Kacau sebati.
- Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
- Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
- Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
- Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

Credit : che nom

Resepi : Bluberry Jam Muffin



Bahan-Bahan:

2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)
3/4 cawan gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu, full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur, saiz besar
1/2 cawan minyak sayur
Jem blueberry secukupnya
Gula perang secukupnya, untuk ditabur

Cara Penyediaan:

- Panaskan oven kepada 180 degree celcius
- Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
- Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Menggunakan kaedah selang seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin 1/2 penuh, kemudian masukkan 1 sudu jem blueberry di atas adunan dan tuang lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh.
- Hiaskan dengan taburan gula perang dan bakar selama 20 minit atau sehunga masak sepenuhnya


credit to : Resipi Memikat suami

Resepi : Cupcakes Vanilla



Bahan-bahan:

1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan susu (segar atau uht)
2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.

2. Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.

4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.

5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.

6. 25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat.

7. Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.


credit to : Resipi Memikat suami

Resepi : Kek Blueberry Lembut



Bahan-Bahan:

150 gram mentega
150 gram (3/4 cawan) castor sugar
2 biji telur, saiz B
265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
120 gram yoghurt
2-3 sudu besar susu full cream
100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
gula aising, untuk taburan

Cara Penyediaan:

- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
- Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis.
- Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
- Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
- Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. - Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.

Tips:
Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.

Credit : che nom

Resepi : Chocolate Marble Brownies



Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
- Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
- Pukul sehingga lembut dan berkrim.

Cara-cara untuk membuat brownies:
- Panaskan oven pada suhu 160 ℃.
- Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
- Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
- Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
- Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
- Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok.
- Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
- Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
- Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tips:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Credit : che nom

Resepi : Asam Pedas Ikan Pari



Bahan-bahan :

1) 4-5 ketul ikan pari (ikut saiz yg disukai)
2) 7 biji cili padi
3) 2 biji cili merah
4) 5 ulas bawang kecil
5) 2 keping asam keping
6) Sedekit air asam jawa
7) 1/2 paket serbuk kari ikan
8) Sedikit belacan
9) Segenggan daun kesum
10) Setangkai bunga kantan
11) 6 batang bendi
12) Garam dan bahan perasa
13) 2 mangkuk air

Cara Memasak :


1) Kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
2) Masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
3) Masukkan asam keping
4) Tambahkan air & air asam jawa
5) Masukkan ikan pari
6) Masukkan daun kesum dan bunga kantan
7) Tambah garam dan perasa
8) Masukkan bendi ke dlm asam pedas
9) Biar mendidih sehingga ikan masak.
10) Boleh dihidangkan.


credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Dalca Sayur Dan (Daging/Kambing/Ayam)



Bahan-Bahannya :

600gm daging/kambing/ayam
5sb ketumbar 
4sb serbuk cili
1sb jintan manis
1inci kayu manis
1sb jintan putih
3kuntum cengkih
3biji buah pelaga
1sk lada sulah
4ulas bwg merah dimayang
1inci halia dimayang
2labu bwg putih dimayang
1sk serbuk kunyit
2cawan kacang dal direbus
4biji terung bulat
5biji kentang
2biji mangga muda
3biji tomato
3biji cili muda
3btg carrot
1kg santan
1genggam cili kering
garam dan asam jawa secukupnya

Cara Membuatnya:       


  • bersihkan daging,siang dan rebus sekejap
  • terung kentang tomato carrot cili muda dan mangga dibelah ikut citarasa bersihkan dan tos
  • ketumbar cili kering jintan manis kayu manis jintan putih cengkih sebaiknya direndang dulu tanpa minyak sebelum di kisar,
  • panaskan minyak 5sudu besar kemudian tumiskan bahan yg dimayang tadi bila dah naik bau masukkan bahan yg digiling tadi biarkan seketika
  • kemudian masukkan santan,garam dan air asam jawa,lepas tu masukkan daging kacang dal, bila dah menggelegak masukkan kan semua sayuran tadi
  • bila daging dan sayuran dah empuk bole diangkat dan dihidangkan.
credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Ikan Bawal Hitam Sweet & Sour



Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal hitam 
1 labu bawang besaq - dipotong bulat 
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sos tomato - 2sudu besar
sos cili - 2sudu besar
1 potong nenas
garam secukup rasa

Cara memasak:


1.Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak. Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi
2.Tumis bawang besar & putih serta halia. Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.
3.Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi.
4.Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.


credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Pad Thai



Bahan-bahan :

1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
1/2 biji bawang besar-mayang
10 ekor udang sederhana besar
2 sudu besar udang kering- ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
4 biji cili
1 biji telur
Bahan hiasan-pelengkap hidangan ini:
1 cawan taugeh
2 biji limau nipis
Sedikit daun bawang
1 keping tauhu-potong kiub
1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar

Cara-cara :
1.Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.
2.Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.
3.Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Kemudian masukkan cili merah dan udang kering,kacau hingga garing.
4.Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.
5.Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.
6.Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee.
7.Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan

credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Mee Kari Kerang



Bahan bahan :


1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya 

Bahan Kisar :

6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

Bahan Tumis :

1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan :
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara-cara :

  1. Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
  4. Masukkan fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
  5. Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
  6. Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
  7. Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
  8. Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
  9. Tuangkan kuah di atas mee tadi. 
  10. Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.

credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Mi Hong Kong



Bahan-Bahan:

200gm mi kuning

2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:


1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.




credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Begedil Seafood



Bahan-bahan :

● 200 gm isi ikan kurau,dikisar lumat
● 200 gm udang sederhana
● 1 camca teh garam
● 2 camca teh minyak bijan
● 3 camca teh sos tiram
● 1 camca teh tepung jagung
● 2 ulas bawang putih, dihiris halus
● 3 tangkai daun bawang, dihiris halus
● ½ cawan cendawan butang, dicincang halus
● 5 camca besar lobak merah parut
● Sedikit mentega untuk menggoreng


Cara-caranya :


1. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul is hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan anggaran 1 cm tebal dan tekan sedikit supaya leper. Panaskan mentega dan goreng bergedel menggunakan api sederhana hingga ia kuning. Angkat.



credit to : Resipi Masakan Terkini 

Resepi : Bubur Barli Dengan Jagung



Bahan-bahan:

100 gm barli
1 tin jagung manis buang airnya ( NA guna jenama Ayam Brand)
1500 ml air
400ml santan (NA guna santan kotak jenama M&S )
1 cawan gula
7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
2 helai daun pandan ( disimpul)
Sedikit garam

Cara-cara:


1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.


credit to : Resipi Memikat suami

Resepi : Bubur Cha Cha



Bahan-bahan :

3/4 cawan cha-cha 
tepung di uli untuk hasilkan guntingan tepung yg warna putih
2 cawan santan
sedikit nisang/gula melaka
gula (ikut citarasa)
secubit garam
sehelai daun pandan

Cara-cara :

1.Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang

2. Dalam periuk lain masukkan semua bahan kacau sehingga mendidih kemudian masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi.

3. Masukkan santan dan kemudian masukkan garam dan daun pandan. Didihkan dalam kira-kira 10 minit . dan hidangkan panas-panas.

Credit: myresipi