'

Resepi : Muffin Chocolate Hazelnut




Bahan-Bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
3/4 cawan coklat cip
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar nutella
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan kacang hazelnut
1 cawan susu full cream
1/3 cawan minyak jagung atau mazola

Cara Penyediaan:

- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
- Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.
- Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila, gula kastor dan minyak jagung. Kacau sebati.
- Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi.
- Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.
- Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.
- Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

Credit : che nom

No comments:

Post a Comment