'

Resepi : Bubur Barli Dengan Jagung



Bahan-bahan:

100 gm barli
1 tin jagung manis buang airnya ( NA guna jenama Ayam Brand)
1500 ml air
400ml santan (NA guna santan kotak jenama M&S )
1 cawan gula
7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
2 helai daun pandan ( disimpul)
Sedikit garam

Cara-cara:


1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.


credit to : Resipi Memikat suami

No comments:

Post a Comment