'

RESEPI : KUIH TALAM KELADI


 

Bahan-bahan :
Bahan A –
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

Bahan B –
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, balut tutup kukusan dengan kitchen towel.

2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.

3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi.

4. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 – 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.

5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.


credit to : DariDapur

Resepi : Mee Kung Fu



Mee Kung fu
Bahan-Bahan:
500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan.
3. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis.
 
Kuah Mee Kung fu
Bahan-Bahan:

7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil
10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

credit to : FB Seharum Dapur Bonda KC

RESIPI : KEK GULA HANGUS

Bahan - bahan :
.
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara-Cara :

1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.

2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.

3. Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan . Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

4. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
 5. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.

6. Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn soda.. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.

7. Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .

8. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C .Bakar selama 30 minit.
credit to : DariDapur